Pantun Empat Kerat

SILATURAHIM:

Terbang rerama mancari madu 

Madu dinilai bagai permata 

Marilah kita bersatu padu 

Agar hidup tanpa sengketa 


Sayu sungguh di pagi syawal 

Menadah tangan ditepi pusara 

Lidah dijaga nafsu dikawal 

Supaya tidak musnah saudara 


Malam sepi terang bulan 

Terbit timur hingga barat 

Tolong-menolong jadikan amalan 

Kerana perpaduan dapat dierat 


Sedap rasanya buah pegaga 

Menambah selera ulam seikat 

Orang tua harus dijaga 

Agar hidup sentiasa berkat 


Cantik sungguh bunga lili 

Dipetik oleh seorang putera 

Berebut pusaka jangan sekali 

Supaya hidup sentiasa gembira 

Comments

Popular posts from this blog

Pantun: Bagai Cincin dengan Permata

Pengajian Am Sem 2: Jenis Graf dan Kata Kunci