Posts

Showing posts from April, 2021

Pantun: Bagai Cincin dengan Permata

Masak ranum buah bidara  Jatuh sebiji di atas papan  Cinta hati seorang dara  Dirisik oleh pemuda tampan  Cincin disarung tangan kanan  Masjid agung telah terbina  Orang tua main peranan  Bertemu jodoh dara teruna  Kain songkek cantik sehelai  Tinggalan pusaka orang tua  Elok sungguh kedua mempelai  Bagai pinang dibelah dua  Tepak sirih cantik digilap  Sebagai hantaran dari teruna  Jika ada salah silap  Maaf dipohon sebelum merana  Cantik sungguh laksana permata  Wangi semerbak bagai kasturi  Bicara perlu memilih kata  Bahagia hidup suami isteri 

Pengajian Am Sem 2: Jenis Graf dan Kata Kunci

JENIS GRAF  Graf garis (kompaun/ komponen) Graf bar (kompaun/ komponen/ positif negatif/ gabungan kompaun/gabungan komponen/ piramid)  Carta pai (bandingan/ bertingkat)  Cara mengenali jenis graf berdasarkan kata kunci yang terdapat pada soalan: K  kembang  U  ubah  G  gerak  A  aliran/ arah P  pola/ pola perubahan  U  unjuran  T   trend  H  hala tuju  I    indeks/ imbangan perdagangan  N  naik turun  Graf garis kompaun (ada KUGAPUTHIN/ tidak ada "JUMLAH") Graf garis komponen (ada KUGAPUTHIN/ ada "JUMLAH") Graf bar kompaun (tidak ada KUGAPUTHIN/ tidak ada "JUMLAH") Graf bar komponen (tidak ada KUGAPUTHIN/ ada "JUMLAH") Graf bar positif negatif (tidak ada KUGAPUTHIN/ ada perkataan POSITIF NEGATIF/ peratus perubahan/ nilai eksport/ nilai import/ kadar) Graf bar gabungan kompaun (perkataan DAN/ tidak ada JUMLAH)  Graf bar gabungan komponen (perkataan DAN/ ada JUMLAH)...

Pantun Empat Kerat

SILATURAHIM: Terbang rerama mancari madu  Madu dinilai bagai permata  Marilah kita bersatu padu  Agar hidup tanpa sengketa  Sayu sungguh di pagi syawal  Menadah tangan ditepi pusara  Lidah dijaga nafsu dikawal  Supaya tidak musnah saudara  Malam sepi terang bulan  Terbit timur hingga barat  Tolong-menolong jadikan amalan  Kerana perpaduan dapat dierat  Sedap rasanya buah pegaga  Menambah selera ulam seikat  Orang tua harus dijaga  Agar hidup sentiasa berkat  Cantik sungguh bunga lili  Dipetik oleh seorang putera  Berebut pusaka jangan sekali  Supaya hidup sentiasa gembira